Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons License.

En Zeru Teru Nursing Cover


Handzalah & School

talk about babies 6 Comments

_mg_7317-copy

Macam yang dah pernah cerita dulu, Handzalah dah ke tadika. Mula-mula tadika Manarul Islam kat rumah Opah sementara tunggu Ummi bersalin. Sebulan rasanya. Ada tiga hari kot miss. Satu sebab Ummi tak sampai hati nak paksa, dua sebab ‘Ikrimah dah nak keluar ;).  Err dan beberapa hari lagi sebab viral fever :D. Sebenarnya yang mula-mula nak sekolah Handzalah sendiri. Ummi tak rancang nak sekolahkan Handzalah seawal empat tahun walaupun Ummi ’sedar’ keaktifan Handzalah yang kadang-kadang tak mampu Ummi tangani itu memerlukan rutin yang lebih berdisiplin seperti tadika. Dan Handzalah juga perlu lebih banyak bersosial dengan rakan sebaya. Tapi sejak balik Malaysia, Handzalah dengar semua orang pergi sekolah. Handzalah teruja. Handzalah pun nak sekolah. Dan sebab Opah dan Atuk sangat ’supportive’ untuk sekolahkan Handzalah sementara Ummi di Lot 7, Handzalah pun berpeluang ke tadika buat kali pertamanya. Sebelum mula sekolah, Ummi ajak Emo bawa Handzalah pusing-pusing dulu tengok tadika yang dekat. Tapi lepas timbang-timbang beberapa perkara, Handzalah ‘terpilih’ untuk masuk Manarul. Hari pertama pergi tadika untuk daftar, punyalah ‘excited’ Handzalah saja…dengan Fidaa’ sekali! Ada Ummi ambil gambar dua-dua anak Ummi tersengih lebar dalam kereta Atuk. Siap bangun awal dan mandi pagi-pagi, pakai baju Melayu. Fidaa’ pakai baju seluar yang ada set tudung, Opah beli kat Bandung dulu.

1st day of school

Mula-mula daftar dengan guru besar kat kelas 5 tahun merangkap pejabat tadika. Lepas tu cikgu hantar Ummi dan 2 budak bijak tu ke kelas 4 tahun. Ada lebih kurang 8 orang pelajar saja. Cikgu kelas tu agak veteran. Cikgu alu-alukan Handzalah masuk. Kawan-kawan sekelas pun. Ada seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan menyambut Handzalah bukan main seronok. Siap ‘Hi’ lagi ;). Handzalah malu-malu. Ummi ikut. Nak perhati sekejap, tapi Handzalah tak nak lepas pula dari Ummi. Fidaa’ pula pandai menyesuaikan diri. Siap duduk kat kerusi, khusyuk dengar cikgu cakap sampai Ummi perasan Fidaa’ terlentok! Ngantuk lah tu.

Aktiviti masa tu belajar melukis pokok. Eja pokok. Kenali pokoklah lebih kurang. Lepas tu cikgu suruh semua lukis dan warnakan pokok. Fidaa’ bukan main lagi, dia yang beria-ia minta kertas dan pensel warna tapi si abang masih tak tahu nak buat apa. Abang malu. Tapi lepas tu Ummi dudukkan Abang kat meja dengan Fidaa’  ajak lukis sama-sama. Budak lelaki dan perempuan tadi pun duduk sama di meja tu. Memang nak berkawan sangat dengan Handzalah. Handzalah pula diam membatu. Handzalah tak berapa boleh nak lukis lagi masa tu, jadi Ummi tolong pelan-pelan. Tapi Handzalah warnakan sendiri. Pokok Handzalah warna merah, tak sama macam pokok cikgu yang stereotaip hijau dengan batang coklat. Cikgu cakap mana ada pokok warna merah. Dalam hati Ummi, cikgu ni tak pernah tengok pokok dengan daun-daun merah sebelum gugur masa muslim luruh la tu. Huhu. A bit old-fashioned, Ummi pula though I tell my children what colour certain things are, Ummi tak kisah anak-anak Ummi explore various colours and perspectives.

Rehat. Masa untuk duduk makan di kantin kecil. Handzalah tak nak join. Pegang kaki Ummi tak bagi Ummi balik. Tapi Ummi dah tak larat nak tunggu, Fidaa’ pula makin syok tengok budak-budak tahun 6 menyanyi. Dia nak masuk kelas tu. Suka hati je :). Fikir-fikir, Ummi ajak Handzalah balik dulu. Ummi tak nak Handzalah hilang semangat nak ke sekolah. Tapi…Handzalah sampai sebulan masih tak nak ke sekolah secara sukarela sampai Opah dengan Atok je boleh hantar, kalau Ummi memang tak jadi. Opah dengan Atok yang dah hantar 7 anak ke sekolah mampu tahan hati hantar cucu pula :). Ummi memang susah hati. Tapi ada juga beberapa hari, Handzalah pergi tanpa susah payah bila Ummi masak nuggets untuk sarapan dan Atuk Opah belikan aiskrim balik sekolah. Err, insentif! Dia suka sekolah sebenarnya and I am amaze of how much he has learnt in a short period time…tiap-tiap hari balik dia mesti bawa hasil kerja dia untuk tunjuk pada Ummi. Satu budaya yang Ummi suka tentang Manarul. Bila Ummi tanya best ke kat sekolah tadi, mesti jawab best but still, he prefers being home with Ummi, itu je. Ummi cakap pada Handzalah kalau Handzalah behave dan boleh belajar kat rumah dengan Ummi, nanti boleh sekolah kat rumah. Tapi nampaknya, Ummi masih rasa belum mampu nak fulltime homeschool dia. Dan Ummi masih rasa, ada baiknya ke sekolah though there’s nothing wrong with a comprehensive home-schooling system macam Mamafiza buat tu.

Fidaa' pakai telekung Jogja solat dengan Ummi

Lepas habis pantang, Handzalah sambung sekolah di sini pula. Dekat sangat dengan rumah Atok Kecik, masa pun 1 jam lebih pendek dari tadika lama. Ummi tengok Handzalah develop minat melukisnya sejak tadika. Sebelum tu dia memang suka scribble dan lukis tapi tak nampak sangat apa yang dilukisnya pada mata Ummi yang rabun juga ni. Sekarang lukisannya dah banyak bentuk yang jelas dan dia selalu lukis hero-hero kesukaan dia. Power Rangers lah, Batman lah, Spiderman lah…macam-macam. Cara dia mewarna pun dah lain. Dah kemas dalam sempadan lukisan dan dia pandai gabung warna. Kepala warna lain, badan warna lain dan tiap-tiap satu objek tu berlainan warna. Kalau dalam buku latihan, walaupun latihan tu latihan menulis, padankan atau mengira dia masih nak warnakan gambar-gambar yang ada. Kadang-kadang dia lukis juga atas buku-buku tu tapi lepas cikgu tegur jangan conteng buku, Ummi terpaksa beritahu dia tak boleh lukis atas buku kerja sebab nanti tak nampak latihan yang dia buat tu ataupun mungkin sedikit comot.

3 Renjer belajar ABC dan 123

Hmm…baru umur 4 tahun, baru masuk tadika kadang-kadang Ummi kesian tengok ’susahnya’ anak Ummi ke sekolah. Apalagi tadika sekarang mengamalkan ‘homework’ sampai pernah sekali tu hampir setiap hari ada kerja yang perlu dibuat di rumah. Ummi sampai dah nak pergi jumpa cikgu bincang sebab banyak sangat kerja for just a little guy yang baru nak mula belajar tentang sekolah dan kehidupan. Walaupun mungkin cikgu tak marah kalau tak siap but I believe all mothers know the frustration their child might have when they’re unable to complete a task. walaupun mereka yang lengah-lengah,main-main dsbg. tapi mereka faham juga ada perkara yang mesti dilakukan dan kalau tak dapat dilakukan akan sangat mengecewakan! Previously, he never had any homework yet everyday he’ll bring something for Ummi from school. Usually drawings or craftwork that they did for the day in class, not more work and exercises Hmm…banyak perkara bermain di fikiran.Kesian juga pada si adik yang ‘cemburu’ tak dapat masuk kelas, tak ada buku kerja yan khas dsbg. (walaupun Ummi beli buku kerja untuk dia, si adik tetap nak Abang punya yang ada lambang tadika tu). I bet Fidaa’ makes a good pre-schooler though she’s younger InshaAllah. Cuma dia pun masih muda sangat nak Ummi lepaskan. Err…nampaknya going to school is not only a tarbiyyah & training for my little ones but also for me!

Sekarang Handzalah dah biasa buat latihan lepas waktu tadika. Siap buat saja mana-mana halaman buku latihan yang masih ‘kosong’ walaupun cikgu tak suruh bila dia teringat. Lagipun, kerja rumah pun dah kurang, agaknya sebab cikgu beri buku fonetik untuk belajar membaca hari-hari di rumah. Alhamdulillah.

Satu perkara…Handzalah masih belum nak makan di sekolah. Sekali pecah rekod di maanrul dulu dia makan ramai-ramai masa jamuan kat sekolah. Masa tu Atok datang sebab ada majlis dan ibubapa dijemput (Ummi dan Abi masa tu sangat tak available). Siap ‘tapau’ pula macam-macam bawa balik rumah. Perkara kedua, kata cikgu, dia diam saja sepanjang sesi tadika. Walaupun dia ada kawan tapi nampaknya dia tak begitu ’seronok’ macam di tadika dulu. Ummi masih belum pasti kenapa. Mungkin sebab kelmarin hampir sebulan ‘cuti’ lepas H1N1 punya outbreak jadi dia kembali tak biasa?

Allahua’lam…Ummi mohon kekuatan untuk jadi ibu dan pendidik yang lebih prihatin, kuat dan pengasih. Moga Allah permudahkan. Dan moga-moga anak-anak Ummi jadi permata hati, penyejuk mata yang saalih…saham Ummi dan Abi di akhirat nanti InshaAllah.

3 beloved little angels 3 beautiful dreams 3 challenging realities

Sesiapa ada pengalaman dan ide untuk dikongsi tentang hari-hari awal persekolahan, I’d really like to hear them!

Ok…ok…here comes Ikrimah :)

talk about babies 3 Comments

Untuk memenuhi permintaan sahabat-sahabat semua here are 2 pics of our new family member:

Hari pertama di dunia
Hari pertama di dunia
2 days before I'm a month old
2 days before I’m a month old

Jangan lupa doakan ’saya’ jadi hambaNya yang soleh…Sekian, Terima Kasih :)

Orang baru

talk about babies 9 Comments

Bismillahi nabda’…Okeh, hari ini saya bertekad untuk post this entry InshaALlah. Asyik buat draft tapi tak post sampai ke sudah, apa ke jadah?!! Macam membuang masa je usaha-usaha yang di’separuh jalan’kan. OK, mari kita cuba bercerita…

Ikrimah bin Abi Handzalah

Our 3rd baby, born on the 28th May 2009/3 J.Akhir 1430H  in S.A is already a month old. He’s healthy and fine, weighing 3.44kgs at birth. Kelmarin bawa ‘Ikrimah jumpa doktor untuk imunisasi Hep B, berat dah mencecah 4.7kg Alhamdulillah. ‘Ikrimah ni kadang-kadang nampak merah betul, especially bila dia meneran, menggeliat atau menangis kuat-kuat. nampak betul-betul macam ‘naik darah’ :). Alhamdulillah, at the moment ‘Ikrimah masih tidur dalam cot dan walaupun masih bangun tengah malam untuk menyusu dan tukar lampin, dia tak meragam sangat though of course, adalah beberapa hari, ketika dan kejadian yang dia tak lena tidur atau perlu didodoi lebih…alhamdulillah tak ada problem yang berterusan dan harapnya tak ada masalah sebegitu in the future InshaALlah. Kalau nak ikutkan, jaga ‘Ikrimah dan Fidaa’ setakat ini memang agak mudah berbanding pengalaman jaga 1st baby. Sebab dah ada pengalaman kan, dan juga sememangnya mereka sihat alhamdulillah. Kalau teringatkan Handzalah, dari awal lahir sampai most of his 1st year subhanallah, tak sangka kami dah lepas fasa yang sangat mencabar itu. Err Handzalah yang paling lama duduk hospital sebab tunggu Ummi dan sebab jaundice. Malah banyak kali kena jumpa doktor sebab fungal infection, tak buang air besar for a week, keluarkan kahak bla bla bla…Dan Handzalah sangat susah tidur malam, asyik menangis sampai ke pagi. Tapi itu semua bukan salah Handzalah tau. If you’ll be reading this in the future, we love you very much and never lesser dear! I feel that all those things hanyalah tarbiyyah untuk Abi dan Ummi, and they are just basics dalam penjagaan anak…and the basis of child-rearing-minding would be patience! (and I feel like I’m lacking this nowadays hmpp)

Satu lagi Ummi rasa kadang-kadang macam ‘tak cukup sayang’ anak bila anak tak begitu meragam. Sebab tak payah pegang selalu. Tak payah nyanyi/dodoi panjang-panjang untuk tidurkan. Tak payah bersengkang mata to makesure they’re all fine. So, kalau nak ikutkan Handzalah la paling manja masa baby kan? :D Tapi syukurlah bila mereka kurang meragam lebih banyak perkara boleh dilakukan dengan lebih baik. Dan pada Ummi, anak-anak sama aje manja masa ‘kecik’, sebab ‘kecik’ memang kena perati lebih kan? Dan tak ada isu anak-anak yang besar turun 2nd class ke 3rd class, sebab mereka dah besarlah cara jaga dan sayang mereka dah sedikit berbeza. Malah mereka boleh aje ‘claim 1st class’ on their own bila mereka nak sebab mereka pun dah pandai ‘psiko’kan mak bapak :P.

Nak cerita sikit tentang nama ‘Ikrimah. InshaAllah siapa yang khatam seerah Rasulullah akan kenal dengan ‘Ikrimah bin Abi Jahl. Sebenarnya, secara peribadi Ummi lebih ‘biasa’ dengan nama ‘Ikrimah berbanding dengan Handzalah sebelum popularnya Handzalah dek lagu Rabbani. Sebab kisah Handzalah yang selalu diceritakan itu satu, tapi ‘Ikrimah adalah antara sahabat yang sangat dikenali selepas Islamnya dengan peristiwa Fathu Makkah. Malah, populariti bapanya juga ‘menambah’ ingatan manusia terhadap ‘Ikrimah. Tapi…tak pernah terfikir tentang nama ni masa nak namakan anak, atau masa sesiapa minta cadangan nama sampai Ummi sendiri mengandungkan ‘Ikrimah. Of all the names yang disenaraipendek dan dirisik; itu saja yang ‘lekat’ dan ‘dekat’ kat hati Ummi ni.

Nak ucap Jazakumullah Khair untuk semua yang kirim ucapan tahniah malah datang bertandang, ziarah kami sekeluarga sepanjang sebulan lalu. Families and friends; thank you everyone! Kepada sevenlords terutama Mama Papa yang menjaga saya serta anak-anak dengan penuh dedikasi. Adik-adik saya; the best pakcik-makcik anyone could dream of. Abang & Family yang selalu ambil berat tentang kami. Mak & ‘kumpulan wanita’ Pt Bunga yang datang hari pertama kami pulang dari hospital ;).  TT & TokWan yang datang jejauh dari Chemor, Pak We & Mak We, Uncle Aziz & Aunty Radhiah yang sudi memeriahkan sesi bercukur serta Kak Ju dan Kak Lia yang bukan saja datang dengan family malah dengan makan malam menjenguk kami! Err siap bagi telekung cun tu, thanks!! :D

Jazakumullah khair juga to some of our first visitors (friends category); Azila, Adi & Nadia…nak tergelak ingat masa Azila call beritahu nak datang from KL Sentral, dia ‘kantoi’ menjawab soalan ‘datang dengan siapa’? Kononnya, ‘Adi’ should be a surprise la hehehe…Takpelah Adi, a ‘gift’ is a gift kalau pun tak ‘terkujat’ pada waktu penerimaan. Lama juga bersembang dengan ‘kakak-kakak’ ex-Soton ni… Siap sempat shopping dengan IlhamZayyan tu ;)Terima Kasih, Sila Datang Lagi :)

Mazia pula datang dengan ‘Mary’ yang dah pandai macam-macam. Badan boleh tahan tembam macam Cik Lat jugak! (Cik Lat sape? Tunggu entry akan datang inshaAllah ;)). Mazia pun biz tudung sekarang. Siap dapat tudung best lagi. Haa agaknya inilah kelebihan dapat 3rd baby, Ummi pun dapat hadiah, bukan baby je tau :). Fidaa’ dan Handzalah pun dapat hadiah aiskrim, bukan main seronok lagi diorang makan walaupun Fidaa’ sampai Mazia balik masih enggan ditemubual…haih…

Sehari sebelum balik ke sini…Aida, Hajar, Anne dan Dil datang - seronok betul jumpa korang! Aida dan Dil bawa anak-anak…yang lagi 2 tu bawa diri. Rupanya Aida dah jadi full-time homemaker dan Anne pula buat biz homemade choc selain kerja dekat Glenmarie. Duduk dekat je pulak tu. Nasib baik datang ziarah, kalau tak memang tak tahu-menahu. Hajar masih ‘cool’ macam dulu, Dil yang maintain kurus dan tinggi pula InshaALlah due Sept nanti (kan?), baby Aidilfitri tu InshaALlah :)

Nabeehah came on the same day with his hubby and lil boy Amjad. Sebenarnya rasa ralat sebab dulu plan nak tengok Amjad tak jadi, tak sempat ziarah Amjad, Amjad pula yang ziarah kami dulu…Lagi sekali, Ummi dapat hadiah tau :) and other than ‘Ikrimah, Fidaa’ got a very cute tudung from Mcik Bee. Bee’s hubby yang sangat ramah orangnya sempat buat iklan tanya Bee when she gave me a bag full of gifts, ‘Dah berapa lama simpan?’…huhuhu…I know Bee, selalu kita plan camtu camni, tak jadi. Tapi, Jazakumullah khairal jazaa’ untuk ingatan yang sangat murni.

Last visitor dari kategori ini adalah Hamka & gang. Lepas Isha’ sampai dengan isteri and his 7 mths old baby, Emir Dzulharith (ada Dzul juga tu - trademark eh? ;)). Tak ketinggalan, his younger sister and adik ipar. Rupa-rupanya adik ipar Hamka is Nureen’s lil bro…Nureen K was my classmate kat Hira’ dari primary sampai form 3. Pastu sesama masuk UIA pulak. Oh ye, Hamka & family dah fly ke Scotland a week after we met. So I guess if he’s reading this now, dah masuk waktu summer bagi kawasan beliau dan yang sewaktu dengannya. Maksudnya, Subuh pagi-pagi buta (around 3 am) pastu Isha’ time Berita Dunia (around 10pm) hehe selamatla merasa pengalaman itu ye. Hope everything goes well for them there InshaAllah…

Oklah, that’s our story for now. InshaAllah ada masa cuba tulis lagi. Oh, last but not least…saje nak share 2 benda I read from 2 mothers’ blogs that I really like:

SATU: Seorang ibu mengingati kata-kata ibunya yang lebih kurang begini; ‘Penat belajar tinggi-tinggi tak dapat jaga anak sendiri’. Fahaman saya:

a) Ilmu yang tinggi tak mengurangkan ke’ibu’an sesiapa. Maksud saya, belajar tinggi-tinggi tak bermakna tanggungjawab anda sebagai isteri dan ibu menjadi lebih kecil dari lain-lain kerjaya yang boleh dikecapi melalui kelulusan anda.

b) Tak sia-sia belajar sampai ke universiti walaupun tak bekerja kerana ingin menjaga anak sendiri. Err, jangan ingat jaga anak tak perlu ilmu. Child-rearing could be natural but knowledge is a great help in anything kan? And haih, I feel ashamed dengar alasan sesetengah orang tua yang rasa rugi/penat menghantar anak ke universiti bila mereka hanya berakhir ‘di dapur’. C’mon, sending your girls to university means anda sedang membuat pelaburan dalam membina ketamadunan! And mind you, yang end up kat dapur tu kan chef bukan housewives…and guess what, they make good food and big money too!

c) Sangat rugi kalau dengan ilmu yang ada kita masih tak sedar betapa pentingnya peranan ibu, dan pentingnya melaksanakan peranan itu. Dan sangat rugi jika ilmu yang ada tidak membantu kita dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan kita sebaik-baiknya. Paling rugi jika ilmu yang tinggi itu memaksakan kita mendahulukan lain-lain karier sehingga anak kita lebih sayangkan pengasuh ataupun bibik! Err, dah susah-susah mengandung dan melahirkan takkan senang-senang kita bagi title ‘ibu’ kat orang lain ye dak? DISCLAIMER: Saya tak bermaksud anak-anak langsung tak boleh dihantar ke nurseri, diberi pengasuh atau bibik.

DUA: Ako menulis tentang isi forum di mana beliau juga seorang panel. Seorang ustazah yang menjadi panel bercakap tentang TASAWWUR wanita bekerja. Erm nak tahu apa, boleh baca terus di sini…I think you can surely relate this to cerita SATU and understand it better InshaALlah.Satu peringatan yang cukup baik khusus untuk mereka yang bekerja mahupun bercita-cita untuk bekerja, ataupun bercita-cita untuk bekerja dari rumah dan sudahpun menjadi Work-At-Home-Mom buat masa ini InshaAllah.

Selamat membaca. Selamat menjalani hidup untuk menjadi manusia yang paling bermanfaat buat dunia di sekelilingnya…with everything you’ve got, seeru ‘ala barakatillah!

Gelagat anak-anak

talk about babies 5 Comments

SATU

Di waktu siang yang terang benderang, Ummi menutup pintu kamar kerana di luar ada tamu yang bukan mahram sedang anak-anak bermain di dalam. Handzalah terus bangun, menguak daun pintu hingga sedikit terbuka sambil berkata,

“Ummi, janganlah tutup pintu. Nanti hari malam”

Erk! Bukan begitu sayang… :)

Pada satu waktu yang lain Handzalah bertanya penuh kejujuran selepas menjenguk kedatangan malam dari jendela kamar, “Ummi kenapa malam?”

Ummi cuba menerangkan sunnatullah adanya malam dan siang. Akan tetapi, esok, lusa, tulat…hatta ke hari ini Handzalah masih enggan membenarkan pintu bilik ditutup sebelum hari benar-benar malam –> waktu tidur.

* Handzalah sedikit anti waktu malam. Sebab malam maksudnya gelap, tidur dan…no PS2 :)


DUA

Handzalah dan Fidaa’ sudah lama belayar ke alam mimpi. Tiba-tiba…

“Ummi! Ummi!”, rengek Handzalah yang sudah terduduk di katil. “Ummi sinilah!” ujar Handzalah yang sudah duduk menanti. Ummi bingkas bangun mendapatkan Handzalah yang tadinya tidur di sebelah adik. Ummi berbaring di sisi dan Handzalah terus merapati.

“Ummi…jagalah abang (Handzalah)”.

Iya sayang…

Handzalah kembali lelap. Belum beberapa lama Fidaa’ pula berbunyi. Mengigau. Ummi alihkan si kecil ke atas bantal kembali, almaklum dah berpusing 90 darjah ke tepi.

Mata Fidaa’ bertutup rapat tapi mulutnya terus berbunyi, “Allahumma…bismika”.

“Amutu wa ahya”, sambung Ummi.

Rupanya si kecil mendengar (dan mata masih rapat terkunci) sambil menyambung lagi, “Ya Allah…”

“Jadikan Fidaa’ anak yang soleh”, ujar Ummi tolong habiskan potongan doa yang menjadi rutin si puteri.

Sejuk telinga hati Ummi.


TIGA

Ummi ceritakan tentang bayi yang InshaAllah akan jadi adik Handzalah dan Fidaa’ nanti. Handzalah kata dia mahukan adik. Malah, Handzalah tanya,

“Ummi, boleh tak Abang nak masuk dalam perut Ummi? Abang nak cium baby

Err…tunggu baby keluar saja nanti ye sayang, tak muat perut Ummi ni…


EMPAT

Fidaa’ tonton DVD Barney. Ada dua babak yang Fidaa’ sangat suka. Babak ‘Circus’ dan ‘Horse Ranch’ sebab ada ‘elephant’ dan ada ‘horse’. Fidaa’ kata,

“Ummi, Fidaa’ nak naik ‘horse’”

Ummi jawab, “Erm, kat sini tak ada ‘horse’ sayang. Nanti InshaAllah kita cari tempat yang ada ‘horse’ ye. Boleh Fidaa’ naik”

“Tapi Fidaa’ kan takut dengan ‘horse’ Ummi. Fidaa’ tak nak”, Fidaa’ menolak pula.

“Takpelah macam tu. Tak payah naik, tengok saja”

“Ala tapi Fidaa’ kan takut”

“Ok, tak payah pergilah macam tu”, Ummi ikutkan saja.

“Tapi Fidaa’ kan nak naik ‘horse’ Ummi”

“Ok, nanti kita pergi InshaAllah”

“Ala tak nak Ummi. Fidaa’ kan takut ‘horse’”

Erk…mati kutu dibuatnya Ummi ni. Setiap kali sampai dua babak tersebut, mesti dia minta perkara yang sama dan kemudian menolak bila diiyakan/diajak pula. Bukan sekali. Berkali-kali. Cuba juga terangkan ‘horse’ dan ‘elephant’ tak bahaya dan tak makan orang. Baik dsbg. tapi nampaknya belum menghilangkan ‘takut’ Fidaa’ yang entah iya entah tidak.

* Sekadar selingan. Maaf kepada semua yang minta upload gambar mereka. Belum berkesempatan tukar format gambar yang terlalu besar untuk di’publish’ melalui WP.

A note for my sweet little joy

khaleel el-wafy, talk about babies No Comments

Don’t be sad little darling,
this is just the way the world is;
bright sunny days will always have
a dark ending.
I know you hate seeing ‘adik’ sleep
and having to need to sleep yourself is boring
but nightime is just one of the things
to help you rest and energize
just like eating fruits and vegetables
and doing the running exercise.

Don’t be angry little child,
if you can’t finish building
towers with your blocks,
or winning the games you love,
tomorrow will come InshaAllah
for you to continue learning and trying.

Don’t be frustrated little angel,
if you trip or fall as you run,
and don’t worry if after many times
your towers can’t properly stand,
or if you can’t seem to get it right
all the times you tried to draw
an Ultraman.

I know it’s hard my little darling,
but there’ll always be a helping hand
and life is always about learning,
so try your best to enjoy
your wonderful efforts rather than just cry.

I know sometimes it’s confusing
to want but not able to do or have
for there are boundaries and limits
to even the finest body and mind.

This is how life is little sweetheart,
and may one day you’ll find
the wisdom and courage
to accept and understand His Might.

Love,
Ummi a.k.a k-e-w
Furze, May 16, 2008 156am

p/s: Especially to Mama and Loy, and to all other teachers, educators including those busy Moms and Dads who pay great attention to their children’s growth and care, those who might accidentally stumble upon this blog or read it everyday, Happy Teachers Day! Once a teacher, will always be one :)

Kids, attention and art?

talk about babies 4 Comments

I know it has been a while since the last update. I guess having to share a computer with three other persons in the house is no easy thing to do. Especially when the two little people are most interested in it while you’re at it! Therefore, to reduce tension so that everybody could live happily ever after; I choose to only use the computer if I have something important to do or when the two little people are not around (asleep).

The little boy is now three; that means triple energy, intelligence, love and sometimes…mischief! So does the little sister who is approximately 15 months now. Handzalah is a funny talkative kid but we’ve found out recently that Fidaa’ is even funnier at a younger age. I can’t believe how she could make funny faces, movements and so on and be a natural clown without a red nose and heavy make up all day long! What Handzalah will do in response to that then is imitating her silly acts and noises, trying to join in the fun.

Or is it jealousy? Handzalah loves copying her sister now. Seems as if he feels that doing so will gain him the attention she is getting (at that particular moment). Guess kids just love the attention so much when someone else’s having it. Be it another sibling, mummy’s friend or even husband! Whenever my husband and I have a long conversation about anything, that will be the time when our kids will need everything they could think of in this world. That’ll be the time when they’ll voluntarily ask for a nappy change, feel thirsty or hungry or even want to listen to a story. If the conversation seems like too fun, what these little people will do is…they’ll jump, sit or stand between us, physically (with great effort) trying to ‘remove’ the attention you’re getting from your partner. And usually, Ummi (me; my mom in Arabic) will be the one who can’t be talking to Abi (my hubby; my dad in Arabic) too long. It’s like they’re saying: “Ummi you’re mine, and mine ONLY! And Abi, time’s up ok?”. But the little boy now has learnt some manners, and have more patience to wait for ‘his turn’.

I remembered Handzalah having the same way of seeking attention with Fidaa’ now when he was much much younger. When they want us to pick them up, they will of course cry but if you simply try to comfort them from a bit of a distance (so that you won’t have to pick them up), they’ll cry and walk and suddenly, manja-ly fall! They do that every time we had ‘the crying test’, when there’s no reason to cry and they start crying we’ll wait for a while for them to come and see if the same drama happens and of course…the best actor and actress awards go to…MY KIDS!

Kids grow so fast and as time flies, I think I’ve also learnt to do many things and one of them is keeping my little boy ‘away’ from the PC in a more sensible manner now. A total ban won’t be good for something that has goodness in it but assuring he doesn’t spend all his time or most of his time just watching a flat screen is necessary. In exchange, he’ll just need simple but fun things to do and Ummi to accompany him too. I guess there’s a bit of addiction with all these techie accessories but it’ll be for a while InshaALlah. Though he still have a lot of interests in those things, I feel that given time and space, he actually prefers physical activities like playing football and running. He seems to love artwork too, always asking us to help him draw his ‘Ultraman’ (his current favourite character) or a computer. And of course, that computer must have a screen, keyboard and mouse! He loves scribbling on my little whiteboard with his sister and take every single marker I have of different colours to use. At the end of the day when it’s my turn to use those things for class, I’ll be writing on the whiteboard filled with patterns on its wooden frame and markers with a mixture of colours. It’s no longer blue or green, it’s like blue with a touch of red, and black green…or whatever.

Fidaa’ won’t only use the whiteboard but have this habit of drawing on her palm and arm! Worse, if you’re not fast enough to avoid the aftermath you’ll find marks of ink anywhere on her face and body, or if they’re doing group work you might find other abstract drawings around your household! I had a great laugh watching one of Joeprah’s video recently of her little gal who also did the same creative activity and turn out she even drew something on her belly! It’s funny enough to learn that kids are egocentric but their acts and imagination sometimes are without boundaries. I guess that’s why my parents never had the walls at home painted until most of us grew up ;).

I’m a toddler, Alhamdulillah!

talk about babies 5 Comments

All praise be to Allah, my little princess is now a toddler. She had her first birthday on January 15th 2008, 2 days ago. Well, we don’t really celebrate birthdays but Abuhandzalah made a special collage for all of us to remember the 12 wonderful months she has been with us.

Walking down the memory lane

Please pray that she’ll grow into a fine, responsible young lady that will benefit her Ummah and cherish her family.

Fidaa’, we love you!

:: Ummi, Abi & Abang Handzalah ::

Eureka! It’s a whole new world…

talk about babies 5 Comments

That’s how it’s like for my kids when they first found the ‘window’. Once they discovered that behind those long clothing on the walls are windows; the eyes to the world windowses.jpg outside, they’ll begin to seek ‘opportunities’ simply to get a little bird’s eye view especially from the bedroom’s window that’s easily reachable from the bed. They’ll even play some tricks to get themselves up on the bed and later climbing on the window and start ‘observing’ what’s life like outside. Once they started talking (that’s Handzalah for now), they’ll be describing what’s going on outside and even who’s out there - though apparently all persons mentioned are none but everyone else.

windowses3.jpg

When Handzalah was into this window ‘thingy’, I was so paranoid and seeing him nearby the window was like watching a scary movie. But as time passes, I’ve come to realise that it’s one of those things in life that kids will learn to know, understand and might enjoy for a certain period or so. They’ll get over it after sometime but they’ll need your supervision until then. After all, the windows are securely closed and locked. Handzalah has lesser interest in viewing the world nowadays but since Fidaa’ had find her way to the window; it seems like they’ve found a new ‘hobby’ to enjoy together. I call it ‘the window session’ where both of them cheerfully climb up the window from the bed with Ummi (mommy) watching them calmly until they start to perform some heart-pounding stunts. Then the session will be cut short of course!

Negligence might lead to accidents therefore please do supervise your children ALL THE TIME if they need to have such sessions at home. Lest your windows aren’t safe enough to let a kid enjoy a view by it’s side, NEVER opt to hold the session. Mind you, I’ve fallen from a two storey building called home from my sister’s bedroom window when I was a toddler myself…all praise be to God, I fell hard but hurt not, miraculously.

windowses4.jpgwindowses2.jpg

Read the rest…

[part 11] little girl, please don’t cry

talk about babies 6 Comments

It’s the big boy’s turn with the flu._mg_4635-copy.jpg

He’s so unwell, yet trying his most just to be normal. You could see he’s unwell from his eyes. How they’re struggling to be opened wide. At times; busy building with his blocks and singing his favourite character’s song: “Bob the builder, can we fix it? Bob the builder, yes we can!”. And the mucus that flows down the River Nose once in a while; surely distracts and disturbs this normal busy boy from completing his work. Which usually leads to a cry for a good cleansing ply of wipes.

This lovely little soul though physically unwell, is still filled with empathy towards others in need of a smile.

And once the clingy little girl was sad and cried, and quickly came the big boy to her aid, leaving everything else behind.

He hold the little girl close to his heart, saying ‘O lil gal, please don’t cry. ‘Cos I’m here now to keep you safe, to make you smile’

“Fidaa’, jangan nangis. Abang ada ni. Kapa (kenapa) sedih?”

Even in his sleep, as he hears her cry, he’ll be calling her name with closed eyes: “Fidaa’, jangan nangis. Abang ada ni”

Please pray for my little boy, so that he’ll have his smiles again and loses the flu SOON.

[part 10] the little girl

talk about babies 4 Comments

_mg_6981-copy.jpgThe little girl has just recovered from her fever last weekend but poor little fella it switched to a runny nose and now she’s coughing a bit. Well, I think it’s simply the time of the year when flu and other sickness would be common. Even SMS had poor attendance last week because some of the children were ill. I’ve no idea what happened to CLS’s Award Day’s performance then - supposed to be on Sunday - since I myself am not feeling 100% well to ask around about it, yet.The little girl is now walking everywhere with better balancing skills and smiles all the way. Just call her name and she’ll come walking to you. She even know how ‘not to fall hard’; putting one hand on the ground to slow down the process and making it lesser tragic and painful.

She seems to want so much of independence when it comes to feeding and playing; “I want my own bowl, my own spoon!”, “Don’t feed me, I can do it on my own!”, “Don’t hold me back, I want to explore things on my own!”. She’s on easy to much family food and still on breast milk. She loves pointing out her finger to your face just like the way we’d point her nose and say “nose”, her eyes, mouth and so on. That might also came from the way we taught her to point objects on the reading touch pad. She’ll even point out the finger for an exchange; another pointing finger of yours to join hers and she’ll smile. One of the best time to see that is when we’re performing ‘tahiyyat’ during prayer, pointing out the forefinger. She thought she needs ‘to reply’ when she’s actually testing her parent’s concentrating skills…uhuh! Read the rest…

« Previous Entries