Handzalah & School

5:38 pm talk about babies

_mg_7317-copy

Macam yang dah pernah cerita dulu, Handzalah dah ke tadika. Mula-mula tadika Manarul Islam kat rumah Opah sementara tunggu Ummi bersalin. Sebulan rasanya. Ada tiga hari kot miss. Satu sebab Ummi tak sampai hati nak paksa, dua sebab ‘Ikrimah dah nak keluar ;).  Err dan beberapa hari lagi sebab viral fever :D. Sebenarnya yang mula-mula nak sekolah Handzalah sendiri. Ummi tak rancang nak sekolahkan Handzalah seawal empat tahun walaupun Ummi ’sedar’ keaktifan Handzalah yang kadang-kadang tak mampu Ummi tangani itu memerlukan rutin yang lebih berdisiplin seperti tadika. Dan Handzalah juga perlu lebih banyak bersosial dengan rakan sebaya. Tapi sejak balik Malaysia, Handzalah dengar semua orang pergi sekolah. Handzalah teruja. Handzalah pun nak sekolah. Dan sebab Opah dan Atuk sangat ’supportive’ untuk sekolahkan Handzalah sementara Ummi di Lot 7, Handzalah pun berpeluang ke tadika buat kali pertamanya. Sebelum mula sekolah, Ummi ajak Emo bawa Handzalah pusing-pusing dulu tengok tadika yang dekat. Tapi lepas timbang-timbang beberapa perkara, Handzalah ‘terpilih’ untuk masuk Manarul. Hari pertama pergi tadika untuk daftar, punyalah ‘excited’ Handzalah saja…dengan Fidaa’ sekali! Ada Ummi ambil gambar dua-dua anak Ummi tersengih lebar dalam kereta Atuk. Siap bangun awal dan mandi pagi-pagi, pakai baju Melayu. Fidaa’ pakai baju seluar yang ada set tudung, Opah beli kat Bandung dulu.

1st day of school

Mula-mula daftar dengan guru besar kat kelas 5 tahun merangkap pejabat tadika. Lepas tu cikgu hantar Ummi dan 2 budak bijak tu ke kelas 4 tahun. Ada lebih kurang 8 orang pelajar saja. Cikgu kelas tu agak veteran. Cikgu alu-alukan Handzalah masuk. Kawan-kawan sekelas pun. Ada seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan menyambut Handzalah bukan main seronok. Siap ‘Hi’ lagi ;). Handzalah malu-malu. Ummi ikut. Nak perhati sekejap, tapi Handzalah tak nak lepas pula dari Ummi. Fidaa’ pula pandai menyesuaikan diri. Siap duduk kat kerusi, khusyuk dengar cikgu cakap sampai Ummi perasan Fidaa’ terlentok! Ngantuk lah tu.

Aktiviti masa tu belajar melukis pokok. Eja pokok. Kenali pokoklah lebih kurang. Lepas tu cikgu suruh semua lukis dan warnakan pokok. Fidaa’ bukan main lagi, dia yang beria-ia minta kertas dan pensel warna tapi si abang masih tak tahu nak buat apa. Abang malu. Tapi lepas tu Ummi dudukkan Abang kat meja dengan Fidaa’  ajak lukis sama-sama. Budak lelaki dan perempuan tadi pun duduk sama di meja tu. Memang nak berkawan sangat dengan Handzalah. Handzalah pula diam membatu. Handzalah tak berapa boleh nak lukis lagi masa tu, jadi Ummi tolong pelan-pelan. Tapi Handzalah warnakan sendiri. Pokok Handzalah warna merah, tak sama macam pokok cikgu yang stereotaip hijau dengan batang coklat. Cikgu cakap mana ada pokok warna merah. Dalam hati Ummi, cikgu ni tak pernah tengok pokok dengan daun-daun merah sebelum gugur masa muslim luruh la tu. Huhu. A bit old-fashioned, Ummi pula though I tell my children what colour certain things are, Ummi tak kisah anak-anak Ummi explore various colours and perspectives.

Rehat. Masa untuk duduk makan di kantin kecil. Handzalah tak nak join. Pegang kaki Ummi tak bagi Ummi balik. Tapi Ummi dah tak larat nak tunggu, Fidaa’ pula makin syok tengok budak-budak tahun 6 menyanyi. Dia nak masuk kelas tu. Suka hati je :). Fikir-fikir, Ummi ajak Handzalah balik dulu. Ummi tak nak Handzalah hilang semangat nak ke sekolah. Tapi…Handzalah sampai sebulan masih tak nak ke sekolah secara sukarela sampai Opah dengan Atok je boleh hantar, kalau Ummi memang tak jadi. Opah dengan Atok yang dah hantar 7 anak ke sekolah mampu tahan hati hantar cucu pula :). Ummi memang susah hati. Tapi ada juga beberapa hari, Handzalah pergi tanpa susah payah bila Ummi masak nuggets untuk sarapan dan Atuk Opah belikan aiskrim balik sekolah. Err, insentif! Dia suka sekolah sebenarnya and I am amaze of how much he has learnt in a short period time…tiap-tiap hari balik dia mesti bawa hasil kerja dia untuk tunjuk pada Ummi. Satu budaya yang Ummi suka tentang Manarul. Bila Ummi tanya best ke kat sekolah tadi, mesti jawab best but still, he prefers being home with Ummi, itu je. Ummi cakap pada Handzalah kalau Handzalah behave dan boleh belajar kat rumah dengan Ummi, nanti boleh sekolah kat rumah. Tapi nampaknya, Ummi masih rasa belum mampu nak fulltime homeschool dia. Dan Ummi masih rasa, ada baiknya ke sekolah though there’s nothing wrong with a comprehensive home-schooling system macam Mamafiza buat tu.

Fidaa' pakai telekung Jogja solat dengan Ummi

Lepas habis pantang, Handzalah sambung sekolah di sini pula. Dekat sangat dengan rumah Atok Kecik, masa pun 1 jam lebih pendek dari tadika lama. Ummi tengok Handzalah develop minat melukisnya sejak tadika. Sebelum tu dia memang suka scribble dan lukis tapi tak nampak sangat apa yang dilukisnya pada mata Ummi yang rabun juga ni. Sekarang lukisannya dah banyak bentuk yang jelas dan dia selalu lukis hero-hero kesukaan dia. Power Rangers lah, Batman lah, Spiderman lah…macam-macam. Cara dia mewarna pun dah lain. Dah kemas dalam sempadan lukisan dan dia pandai gabung warna. Kepala warna lain, badan warna lain dan tiap-tiap satu objek tu berlainan warna. Kalau dalam buku latihan, walaupun latihan tu latihan menulis, padankan atau mengira dia masih nak warnakan gambar-gambar yang ada. Kadang-kadang dia lukis juga atas buku-buku tu tapi lepas cikgu tegur jangan conteng buku, Ummi terpaksa beritahu dia tak boleh lukis atas buku kerja sebab nanti tak nampak latihan yang dia buat tu ataupun mungkin sedikit comot.

3 Renjer belajar ABC dan 123

Hmm…baru umur 4 tahun, baru masuk tadika kadang-kadang Ummi kesian tengok ’susahnya’ anak Ummi ke sekolah. Apalagi tadika sekarang mengamalkan ‘homework’ sampai pernah sekali tu hampir setiap hari ada kerja yang perlu dibuat di rumah. Ummi sampai dah nak pergi jumpa cikgu bincang sebab banyak sangat kerja for just a little guy yang baru nak mula belajar tentang sekolah dan kehidupan. Walaupun mungkin cikgu tak marah kalau tak siap but I believe all mothers know the frustration their child might have when they’re unable to complete a task. walaupun mereka yang lengah-lengah,main-main dsbg. tapi mereka faham juga ada perkara yang mesti dilakukan dan kalau tak dapat dilakukan akan sangat mengecewakan! Previously, he never had any homework yet everyday he’ll bring something for Ummi from school. Usually drawings or craftwork that they did for the day in class, not more work and exercises Hmm…banyak perkara bermain di fikiran.Kesian juga pada si adik yang ‘cemburu’ tak dapat masuk kelas, tak ada buku kerja yan khas dsbg. (walaupun Ummi beli buku kerja untuk dia, si adik tetap nak Abang punya yang ada lambang tadika tu). I bet Fidaa’ makes a good pre-schooler though she’s younger InshaAllah. Cuma dia pun masih muda sangat nak Ummi lepaskan. Err…nampaknya going to school is not only a tarbiyyah & training for my little ones but also for me!

Sekarang Handzalah dah biasa buat latihan lepas waktu tadika. Siap buat saja mana-mana halaman buku latihan yang masih ‘kosong’ walaupun cikgu tak suruh bila dia teringat. Lagipun, kerja rumah pun dah kurang, agaknya sebab cikgu beri buku fonetik untuk belajar membaca hari-hari di rumah. Alhamdulillah.

Satu perkara…Handzalah masih belum nak makan di sekolah. Sekali pecah rekod di maanrul dulu dia makan ramai-ramai masa jamuan kat sekolah. Masa tu Atok datang sebab ada majlis dan ibubapa dijemput (Ummi dan Abi masa tu sangat tak available). Siap ‘tapau’ pula macam-macam bawa balik rumah. Perkara kedua, kata cikgu, dia diam saja sepanjang sesi tadika. Walaupun dia ada kawan tapi nampaknya dia tak begitu ’seronok’ macam di tadika dulu. Ummi masih belum pasti kenapa. Mungkin sebab kelmarin hampir sebulan ‘cuti’ lepas H1N1 punya outbreak jadi dia kembali tak biasa?

Allahua’lam…Ummi mohon kekuatan untuk jadi ibu dan pendidik yang lebih prihatin, kuat dan pengasih. Moga Allah permudahkan. Dan moga-moga anak-anak Ummi jadi permata hati, penyejuk mata yang saalih…saham Ummi dan Abi di akhirat nanti InshaAllah.

3 beloved little angels 3 beautiful dreams 3 challenging realities

Sesiapa ada pengalaman dan ide untuk dikongsi tentang hari-hari awal persekolahan, I’d really like to hear them!

6 Responses
  1. izi :

    Date: October 12, 2009 @ 12:18 pm

    Salam kak nurin,

    Seronok baca ttg Handzalah dan Fidaa. Rindu dlm hati ni x reti nk ckp mcm mana. Nak sgt jumpa tapi mmg x de rezeki hari tu. tak pe, when d time comes, insyaAllah bertemu juga kita nanti. I really hope they could still remember me that time. (mesti nanti dah konfius nk panggil kakak ke , acik..hehe)

    izi doakan anak2 akak membesar dengan bijak, cergas dan cerdas. kisses and hugs for u and ur kids. take care

  2. my :

    Date: October 13, 2009 @ 5:33 am

    oh kanak-kanak riang itu..bilakah boleh ketemu..?? rindunyer….

  3. ninutdearies :

    Date: October 19, 2009 @ 3:10 am

    Slm K. Nurin,

    Comel sangat! Tapi bila pegi arituh Fidaa’ cam jual mahal. hehehe, Handzalah jek yg melayan.
    Izi, kalu by that time ko dh jadik mak orang!(aku doakan) Hehehe.

    Will try to come to ur sis wedding. tapi cam segan la pulak, tiba2 je kan pegi wedding adik akak.

  4. deemumtazd :

    Date: November 2, 2009 @ 8:10 am

    what a great experince for the lil one… kekadang dee buat x heran je tentang hal tadika diaorg ni.. tapi lepas baca entry rin baru tersedar bahawa perkara yang kecil bagi kita sangat BESAR bagi mereka yang kecil itu… thanks Rin.

  5. alqasam aka Sumayyah :

    Date: November 18, 2009 @ 1:44 pm

    Askum Kak Nurin

    I hope I’m not to late to say mabruk for the new girl. Rasa macam dah ucap tapi tak ingat but no harm done more than one kan.:)

    Sangat cute anak-anak akak. Moga membesar menjadi mereka yang soleh dan musleh.^^

    Memang macam-macam kerenah anak-anak ni. Sabar, kreatif dan konsisten dalam mendidik jelah kan.

    p/s: Ana nak email gmail akak ada. Nak invite utk personal blog.

  6. nurin :

    Date: January 18, 2010 @ 7:14 pm

    Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

    Jazakumullah khairal jazaa’ pada semua yang komen.

    Izi, My, Nadia - thank u for everything!

    Alqasam - will drop u my mail add inshaallah…syukran :)

    Dee - let’s plan ahead supaya anak-anak dan kita tak terkejut lalu bereaksi dengan yang tidak sepatutnya. Education is important. Giving the right approach to edcuation is also essential so not to reduce the practical importance.

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.