Orang baru
July 1, 2009 10:06 am talk about babiesBismillahi nabda’…Okeh, hari ini saya bertekad untuk post this entry InshaALlah. Asyik buat draft tapi tak post sampai ke sudah, apa ke jadah?!! Macam membuang masa je usaha-usaha yang di’separuh jalan’kan. OK, mari kita cuba bercerita…
‘Ikrimah bin Abi Handzalah
Our 3rd baby, born on the 28th May 2009/3 J.Akhir 1430H in S.A is already a month old. He’s healthy and fine, weighing 3.44kgs at birth. Kelmarin bawa ‘Ikrimah jumpa doktor untuk imunisasi Hep B, berat dah mencecah 4.7kg Alhamdulillah. ‘Ikrimah ni kadang-kadang nampak merah betul, especially bila dia meneran, menggeliat atau menangis kuat-kuat. nampak betul-betul macam ‘naik darah’ :). Alhamdulillah, at the moment ‘Ikrimah masih tidur dalam cot dan walaupun masih bangun tengah malam untuk menyusu dan tukar lampin, dia tak meragam sangat though of course, adalah beberapa hari, ketika dan kejadian yang dia tak lena tidur atau perlu didodoi lebih…alhamdulillah tak ada problem yang berterusan dan harapnya tak ada masalah sebegitu in the future InshaALlah. Kalau nak ikutkan, jaga ‘Ikrimah dan Fidaa’ setakat ini memang agak mudah berbanding pengalaman jaga 1st baby. Sebab dah ada pengalaman kan, dan juga sememangnya mereka sihat alhamdulillah. Kalau teringatkan Handzalah, dari awal lahir sampai most of his 1st year subhanallah, tak sangka kami dah lepas fasa yang sangat mencabar itu. Err Handzalah yang paling lama duduk hospital sebab tunggu Ummi dan sebab jaundice. Malah banyak kali kena jumpa doktor sebab fungal infection, tak buang air besar for a week, keluarkan kahak bla bla bla…Dan Handzalah sangat susah tidur malam, asyik menangis sampai ke pagi. Tapi itu semua bukan salah Handzalah tau. If you’ll be reading this in the future, we love you very much and never lesser dear! I feel that all those things hanyalah tarbiyyah untuk Abi dan Ummi, and they are just basics dalam penjagaan anak…and the basis of child-rearing-minding would be patience! (and I feel like I’m lacking this nowadays hmpp)
Satu lagi Ummi rasa kadang-kadang macam ‘tak cukup sayang’ anak bila anak tak begitu meragam. Sebab tak payah pegang selalu. Tak payah nyanyi/dodoi panjang-panjang untuk tidurkan. Tak payah bersengkang mata to makesure they’re all fine. So, kalau nak ikutkan Handzalah la paling manja masa baby kan?
Tapi syukurlah bila mereka kurang meragam lebih banyak perkara boleh dilakukan dengan lebih baik. Dan pada Ummi, anak-anak sama aje manja masa ‘kecik’, sebab ‘kecik’ memang kena perati lebih kan? Dan tak ada isu anak-anak yang besar turun 2nd class ke 3rd class, sebab mereka dah besarlah cara jaga dan sayang mereka dah sedikit berbeza. Malah mereka boleh aje ‘claim 1st class’ on their own bila mereka nak sebab mereka pun dah pandai ‘psiko’kan mak bapak :P.
Nak cerita sikit tentang nama ‘Ikrimah. InshaAllah siapa yang khatam seerah Rasulullah akan kenal dengan ‘Ikrimah bin Abi Jahl. Sebenarnya, secara peribadi Ummi lebih ‘biasa’ dengan nama ‘Ikrimah berbanding dengan Handzalah sebelum popularnya Handzalah dek lagu Rabbani. Sebab kisah Handzalah yang selalu diceritakan itu satu, tapi ‘Ikrimah adalah antara sahabat yang sangat dikenali selepas Islamnya dengan peristiwa Fathu Makkah. Malah, populariti bapanya juga ‘menambah’ ingatan manusia terhadap ‘Ikrimah. Tapi…tak pernah terfikir tentang nama ni masa nak namakan anak, atau masa sesiapa minta cadangan nama sampai Ummi sendiri mengandungkan ‘Ikrimah. Of all the names yang disenaraipendek dan dirisik; itu saja yang ‘lekat’ dan ‘dekat’ kat hati Ummi ni.
Nak ucap Jazakumullah Khair untuk semua yang kirim ucapan tahniah malah datang bertandang, ziarah kami sekeluarga sepanjang sebulan lalu. Families and friends; thank you everyone! Kepada sevenlords terutama Mama Papa yang menjaga saya serta anak-anak dengan penuh dedikasi. Adik-adik saya; the best pakcik-makcik anyone could dream of. Abang & Family yang selalu ambil berat tentang kami. Mak & ‘kumpulan wanita’ Pt Bunga yang datang hari pertama kami pulang dari hospital ;). TT & TokWan yang datang jejauh dari Chemor, Pak We & Mak We, Uncle Aziz & Aunty Radhiah yang sudi memeriahkan sesi bercukur serta Kak Ju dan Kak Lia yang bukan saja datang dengan family malah dengan makan malam menjenguk kami! Err siap bagi telekung cun tu, thanks!!
Jazakumullah khair juga to some of our first visitors (friends category); Azila, Adi & Nadia…nak tergelak ingat masa Azila call beritahu nak datang from KL Sentral, dia ‘kantoi’ menjawab soalan ‘datang dengan siapa’? Kononnya, ‘Adi’ should be a surprise la hehehe…Takpelah Adi, a ‘gift’ is a gift kalau pun tak ‘terkujat’ pada waktu penerimaan. Lama juga bersembang dengan ‘kakak-kakak’ ex-Soton ni… Siap sempat shopping dengan IlhamZayyan tu
… Terima Kasih, Sila Datang Lagi
Mazia pula datang dengan ‘Mary’ yang dah pandai macam-macam. Badan boleh tahan tembam macam Cik Lat jugak! (Cik Lat sape? Tunggu entry akan datang inshaAllah ;)). Mazia pun biz tudung sekarang. Siap dapat tudung best lagi. Haa agaknya inilah kelebihan dapat 3rd baby, Ummi pun dapat hadiah, bukan baby je tau :). Fidaa’ dan Handzalah pun dapat hadiah aiskrim, bukan main seronok lagi diorang makan walaupun Fidaa’ sampai Mazia balik masih enggan ditemubual…haih…
Sehari sebelum balik ke sini…Aida, Hajar, Anne dan Dil datang - seronok betul jumpa korang! Aida dan Dil bawa anak-anak…yang lagi 2 tu bawa diri. Rupanya Aida dah jadi full-time homemaker dan Anne pula buat biz homemade choc selain kerja dekat Glenmarie. Duduk dekat je pulak tu. Nasib baik datang ziarah, kalau tak memang tak tahu-menahu. Hajar masih ‘cool’ macam dulu, Dil yang maintain kurus dan tinggi pula InshaALlah due Sept nanti (kan?), baby Aidilfitri tu InshaALlah
Nabeehah came on the same day with his hubby and lil boy Amjad. Sebenarnya rasa ralat sebab dulu plan nak tengok Amjad tak jadi, tak sempat ziarah Amjad, Amjad pula yang ziarah kami dulu…Lagi sekali, Ummi dapat hadiah tau
and other than ‘Ikrimah, Fidaa’ got a very cute tudung from Mcik Bee. Bee’s hubby yang sangat ramah orangnya sempat buat iklan tanya Bee when she gave me a bag full of gifts, ‘Dah berapa lama simpan?’…huhuhu…I know Bee, selalu kita plan camtu camni, tak jadi. Tapi, Jazakumullah khairal jazaa’ untuk ingatan yang sangat murni.
Last visitor dari kategori ini adalah Hamka & gang. Lepas Isha’ sampai dengan isteri and his 7 mths old baby, Emir Dzulharith (ada Dzul juga tu - trademark eh? ;)). Tak ketinggalan, his younger sister and adik ipar. Rupa-rupanya adik ipar Hamka is Nureen’s lil bro…Nureen K was my classmate kat Hira’ dari primary sampai form 3. Pastu sesama masuk UIA pulak. Oh ye, Hamka & family dah fly ke Scotland a week after we met. So I guess if he’s reading this now, dah masuk waktu summer bagi kawasan beliau dan yang sewaktu dengannya. Maksudnya, Subuh pagi-pagi buta (around 3 am) pastu Isha’ time Berita Dunia (around 10pm) hehe selamatla merasa pengalaman itu ye. Hope everything goes well for them there InshaAllah…
Oklah, that’s our story for now. InshaAllah ada masa cuba tulis lagi. Oh, last but not least…saje nak share 2 benda I read from 2 mothers’ blogs that I really like:
SATU: Seorang ibu mengingati kata-kata ibunya yang lebih kurang begini; ‘Penat belajar tinggi-tinggi tak dapat jaga anak sendiri’. Fahaman saya:
a) Ilmu yang tinggi tak mengurangkan ke’ibu’an sesiapa. Maksud saya, belajar tinggi-tinggi tak bermakna tanggungjawab anda sebagai isteri dan ibu menjadi lebih kecil dari lain-lain kerjaya yang boleh dikecapi melalui kelulusan anda.
b) Tak sia-sia belajar sampai ke universiti walaupun tak bekerja kerana ingin menjaga anak sendiri. Err, jangan ingat jaga anak tak perlu ilmu. Child-rearing could be natural but knowledge is a great help in anything kan? And haih, I feel ashamed dengar alasan sesetengah orang tua yang rasa rugi/penat menghantar anak ke universiti bila mereka hanya berakhir ‘di dapur’. C’mon, sending your girls to university means anda sedang membuat pelaburan dalam membina ketamadunan! And mind you, yang end up kat dapur tu kan chef bukan housewives…and guess what, they make good food and big money too!
c) Sangat rugi kalau dengan ilmu yang ada kita masih tak sedar betapa pentingnya peranan ibu, dan pentingnya melaksanakan peranan itu. Dan sangat rugi jika ilmu yang ada tidak membantu kita dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan kita sebaik-baiknya. Paling rugi jika ilmu yang tinggi itu memaksakan kita mendahulukan lain-lain karier sehingga anak kita lebih sayangkan pengasuh ataupun bibik! Err, dah susah-susah mengandung dan melahirkan takkan senang-senang kita bagi title ‘ibu’ kat orang lain ye dak? DISCLAIMER: Saya tak bermaksud anak-anak langsung tak boleh dihantar ke nurseri, diberi pengasuh atau bibik.
DUA: Ako menulis tentang isi forum di mana beliau juga seorang panel. Seorang ustazah yang menjadi panel bercakap tentang TASAWWUR wanita bekerja. Erm nak tahu apa, boleh baca terus di sini…I think you can surely relate this to cerita SATU and understand it better InshaALlah.Satu peringatan yang cukup baik khusus untuk mereka yang bekerja mahupun bercita-cita untuk bekerja, ataupun bercita-cita untuk bekerja dari rumah dan sudahpun menjadi Work-At-Home-Mom buat masa ini InshaAllah.
Selamat membaca. Selamat menjalani hidup untuk menjadi manusia yang paling bermanfaat buat dunia di sekelilingnya…with everything you’ve got, seeru ‘ala barakatillah!




Ummu Umar :
Date: July 1, 2009 @ 11:05 am
Salam rin, ingat kan dapat le tengok wajah orang baru skali. Upload le satu! Anyway, jzkk for quoting from my blog. hihi..
raiha :
Date: July 1, 2009 @ 6:26 pm
k nurin..rindunye kepada celoteh akak..mane gambo, eheh..mesti chumell jugak..kem salam kt hanzalah, kalau die ingat lagi la kat saye, huhu…
am :
Date: July 2, 2009 @ 1:45 am
kami jugak yang tak sempat menjenguk ikrimah!
Mynie :
Date: July 2, 2009 @ 1:49 am
salam nurin,
tahniah atas kelahiran ‘ikrimah
barakallahu fikum..
nabilah :
Date: July 2, 2009 @ 5:11 pm
tahniah nurin
Raiyan :
Date: July 2, 2009 @ 11:11 pm
rin, tak sabar nak tgk baby ikrimah. upload gambar ya!!
janna :
Date: July 5, 2009 @ 3:16 pm
salam rin, 3 dah kita ye…agak2 bila akan bersilang laluan nih?
nurin :
Date: July 6, 2009 @ 4:16 pm
W’salam & terima kasih semua. Gambar dah upload kat entri baru.
Raiha: Jgn lupa contact bila dah balik Msia tau!
Am : Takpe, we’ll meet soon InshaAllah.
Janna: InshaAllah soon, SOON I hope!
anita :
Date: August 8, 2009 @ 7:41 pm
Tahniah Nurin..mmg seronok jd ibu ni..