Gelagat anak-anak
February 16, 2009 1:29 pm talk about babiesSATU
Di waktu siang yang terang benderang, Ummi menutup pintu kamar kerana di luar ada tamu yang bukan mahram sedang anak-anak bermain di dalam. Handzalah terus bangun, menguak daun pintu hingga sedikit terbuka sambil berkata,
“Ummi, janganlah tutup pintu. Nanti hari malam”
Erk! Bukan begitu sayang…
Pada satu waktu yang lain Handzalah bertanya penuh kejujuran selepas menjenguk kedatangan malam dari jendela kamar, “Ummi kenapa malam?”
Ummi cuba menerangkan sunnatullah adanya malam dan siang. Akan tetapi, esok, lusa, tulat…hatta ke hari ini Handzalah masih enggan membenarkan pintu bilik ditutup sebelum hari benar-benar malam –> waktu tidur.
* Handzalah sedikit anti waktu malam. Sebab malam maksudnya gelap, tidur dan…no PS2
DUA
Handzalah dan Fidaa’ sudah lama belayar ke alam mimpi. Tiba-tiba…
“Ummi! Ummi!”, rengek Handzalah yang sudah terduduk di katil. “Ummi sinilah!” ujar Handzalah yang sudah duduk menanti. Ummi bingkas bangun mendapatkan Handzalah yang tadinya tidur di sebelah adik. Ummi berbaring di sisi dan Handzalah terus merapati.
“Ummi…jagalah abang (Handzalah)”.
Iya sayang…
Handzalah kembali lelap. Belum beberapa lama Fidaa’ pula berbunyi. Mengigau. Ummi alihkan si kecil ke atas bantal kembali, almaklum dah berpusing 90 darjah ke tepi.
Mata Fidaa’ bertutup rapat tapi mulutnya terus berbunyi, “Allahumma…bismika”.
“Amutu wa ahya”, sambung Ummi.
Rupanya si kecil mendengar (dan mata masih rapat terkunci) sambil menyambung lagi, “Ya Allah…”
“Jadikan Fidaa’ anak yang soleh”, ujar Ummi tolong habiskan potongan doa yang menjadi rutin si puteri.
Sejuk telinga hati Ummi.
TIGA
Ummi ceritakan tentang bayi yang InshaAllah akan jadi adik Handzalah dan Fidaa’ nanti. Handzalah kata dia mahukan adik. Malah, Handzalah tanya,
“Ummi, boleh tak Abang nak masuk dalam perut Ummi? Abang nak cium baby”
Err…tunggu baby keluar saja nanti ye sayang, tak muat perut Ummi ni…
EMPAT
Fidaa’ tonton DVD Barney. Ada dua babak yang Fidaa’ sangat suka. Babak ‘Circus’ dan ‘Horse Ranch’ sebab ada ‘elephant’ dan ada ‘horse’. Fidaa’ kata,
“Ummi, Fidaa’ nak naik ‘horse’”
Ummi jawab, “Erm, kat sini tak ada ‘horse’ sayang. Nanti InshaAllah kita cari tempat yang ada ‘horse’ ye. Boleh Fidaa’ naik”
“Tapi Fidaa’ kan takut dengan ‘horse’ Ummi. Fidaa’ tak nak”, Fidaa’ menolak pula.
“Takpelah macam tu. Tak payah naik, tengok saja”
“Ala tapi Fidaa’ kan takut”
“Ok, tak payah pergilah macam tu”, Ummi ikutkan saja.
“Tapi Fidaa’ kan nak naik ‘horse’ Ummi”
“Ok, nanti kita pergi InshaAllah”
“Ala tak nak Ummi. Fidaa’ kan takut ‘horse’”
Erk…mati kutu dibuatnya Ummi ni. Setiap kali sampai dua babak tersebut, mesti dia minta perkara yang sama dan kemudian menolak bila diiyakan/diajak pula. Bukan sekali. Berkali-kali. Cuba juga terangkan ‘horse’ dan ‘elephant’ tak bahaya dan tak makan orang. Baik dsbg. tapi nampaknya belum menghilangkan ‘takut’ Fidaa’ yang entah iya entah tidak.
* Sekadar selingan. Maaf kepada semua yang minta upload gambar mereka. Belum berkesempatan tukar format gambar yang terlalu besar untuk di’publish’ melalui WP.




izi :
Date: February 16, 2009 @ 3:32 pm
waaaaaaaaa….
kizzi rindu fidaa’ handzalah :((
Semoga dua-dua menjadi anak2 soleh solehah
Ummu Umar :
Date: February 17, 2009 @ 2:10 pm
the art of listening to answer than just to hear..all the best Ummi!
ninutdearies :
Date: February 21, 2009 @ 10:32 am
kak nurin,i’m happy for you. tak sabar tunggu adik fida’ and handzalah. akak sihat ke? sambil baca terbayang reaction fida’ and handzalah, rindu akak juga, rindu ur kelas tafsir jugak.
maya ijau :
Date: March 12, 2009 @ 11:21 am
Salam..yup..merantau..tapi tak lame sangat..i hope i could explore Turkey to the MAX..insyaAllah..
Adnin :
Date: April 6, 2009 @ 7:03 am
Salam…cute la ur children! kaif haluk? wah, dah balik mesia bukak bisnes online lagik! hehe…alhamdulilah, bertambah lg butik busana muslimah..nnt jualla gak utk para muslim. senang ckit. ive shared d link with my frens. seronok gak diorg tengok