Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons License.

En Zeru Teru Nursing Cover


Orang baru

talk about babies 5 Comments

Bismillahi nabda’…Okeh, hari ini saya bertekad untuk post this entry InshaALlah. Asyik buat draft tapi tak post sampai ke sudah, apa ke jadah?!! Macam membuang masa je usaha-usaha yang di’separuh jalan’kan. OK, mari kita cuba bercerita…

Ikrimah bin Abi Handzalah

Our 3rd baby, born on the 28th May 2009/3 J.Akhir 1430H  in S.A is already a month old. He’s healthy and fine, weighing 3.44kgs at birth. Kelmarin bawa ‘Ikrimah jumpa doktor untuk imunisasi Hep B, berat dah mencecah 4.7kg Alhamdulillah. ‘Ikrimah ni kadang-kadang nampak merah betul, especially bila dia meneran, menggeliat atau menangis kuat-kuat. nampak betul-betul macam ‘naik darah’ :). Alhamdulillah, at the moment ‘Ikrimah masih tidur dalam cot dan walaupun masih bangun tengah malam untuk menyusu dan tukar lampin, dia tak meragam sangat though of course, adalah beberapa hari, ketika dan kejadian yang dia tak lena tidur atau perlu didodoi lebih…alhamdulillah tak ada problem yang berterusan dan harapnya tak ada masalah sebegitu in the future InshaALlah. Kalau nak ikutkan, jaga ‘Ikrimah dan Fidaa’ setakat ini memang agak mudah berbanding pengalaman jaga 1st baby. Sebab dah ada pengalaman kan, dan juga sememangnya mereka sihat alhamdulillah. Kalau teringatkan Handzalah, dari awal lahir sampai most of his 1st year subhanallah, tak sangka kami dah lepas fasa yang sangat mencabar itu. Err Handzalah yang paling lama duduk hospital sebab tunggu Ummi dan sebab jaundice. Malah banyak kali kena jumpa doktor sebab fungal infection, tak buang air besar for a week, keluarkan kahak bla bla bla…Dan Handzalah sangat susah tidur malam, asyik menangis sampai ke pagi. Tapi itu semua bukan salah Handzalah tau. If you’ll be reading this in the future, we love you very much and never lesser dear! I feel that all those things hanyalah tarbiyyah untuk Abi dan Ummi, and they are just basics dalam penjagaan anak…and the basis of child-rearing-minding would be patience! (and I feel like I’m lacking this nowadays hmpp)

Satu lagi Ummi rasa kadang-kadang macam ‘tak cukup sayang’ anak bila anak tak begitu meragam. Sebab tak payah pegang selalu. Tak payah nyanyi/dodoi panjang-panjang untuk tidurkan. Tak payah bersengkang mata to makesure they’re all fine. So, kalau nak ikutkan Handzalah la paling manja masa baby kan? :D Tapi syukurlah bila mereka kurang meragam lebih banyak perkara boleh dilakukan dengan lebih baik. Dan pada Ummi, anak-anak sama aje manja masa ‘kecik’, sebab ‘kecik’ memang kena perati lebih kan? Dan tak ada isu anak-anak yang besar turun 2nd class ke 3rd class, sebab mereka dah besarlah cara jaga dan sayang mereka dah sedikit berbeza. Malah mereka boleh aje ‘claim 1st class’ on their own bila mereka nak sebab mereka pun dah pandai ‘psiko’kan mak bapak :P.

Nak cerita sikit tentang nama ‘Ikrimah. InshaAllah siapa yang khatam seerah Rasulullah akan kenal dengan ‘Ikrimah bin Abi Jahl. Sebenarnya, secara peribadi Ummi lebih ‘biasa’ dengan nama ‘Ikrimah berbanding dengan Handzalah sebelum popularnya Handzalah dek lagu Rabbani. Sebab kisah Handzalah yang selalu diceritakan itu satu, tapi ‘Ikrimah adalah antara sahabat yang sangat dikenali selepas Islamnya dengan peristiwa Fathu Makkah. Malah, populariti bapanya juga ‘menambah’ ingatan manusia terhadap ‘Ikrimah. Tapi…tak pernah terfikir tentang nama ni masa nak namakan anak, atau masa sesiapa minta cadangan nama sampai Ummi sendiri mengandungkan ‘Ikrimah. Of all the names yang disenaraipendek dan dirisik; itu saja yang ‘lekat’ dan ‘dekat’ kat hati Ummi ni.

Nak ucap Jazakumullah Khair untuk semua yang kirim ucapan tahniah malah datang bertandang, ziarah kami sekeluarga sepanjang sebulan lalu. Families and friends; thank you everyone! Kepada sevenlords terutama Mama Papa yang menjaga saya serta anak-anak dengan penuh dedikasi. Adik-adik saya; the best pakcik-makcik anyone could dream of. Abang & Family yang selalu ambil berat tentang kami. Mak & ‘kumpulan wanita’ Pt Bunga yang datang hari pertama kami pulang dari hospital ;).  TT & TokWan yang datang jejauh dari Chemor, Pak We & Mak We, Uncle Aziz & Aunty Radhiah yang sudi memeriahkan sesi bercukur serta Kak Ju dan Kak Lia yang bukan saja datang dengan family malah dengan makan malam menjenguk kami! Err siap bagi telekung cun tu, thanks!! :D

Jazakumullah khair juga to some of our first visitors (friends category); Azila, Adi & Nadia…nak tergelak ingat masa Azila call beritahu nak datang from KL Sentral, dia ‘kantoi’ menjawab soalan ‘datang dengan siapa’? Kononnya, ‘Adi’ should be a surprise la hehehe…Takpelah Adi, a ‘gift’ is a gift kalau pun tak ‘terkujat’ pada waktu penerimaan. Lama juga bersembang dengan ‘kakak-kakak’ ex-Soton ni… Siap sempat shopping dengan IlhamZayyan tu ;)Terima Kasih, Sila Datang Lagi :)

Mazia pula datang dengan ‘Mary’ yang dah pandai macam-macam. Badan boleh tahan tembam macam Cik Lat jugak! (Cik Lat sape? Tunggu entry akan datang inshaAllah ;)). Mazia pun biz tudung sekarang. Siap dapat tudung best lagi. Haa agaknya inilah kelebihan dapat 3rd baby, Ummi pun dapat hadiah, bukan baby je tau :). Fidaa’ dan Handzalah pun dapat hadiah aiskrim, bukan main seronok lagi diorang makan walaupun Fidaa’ sampai Mazia balik masih enggan ditemubual…haih…

Sehari sebelum balik ke sini…Aida, Hajar, Anne dan Dil datang - seronok betul jumpa korang! Aida dan Dil bawa anak-anak…yang lagi 2 tu bawa diri. Rupanya Aida dah jadi full-time homemaker dan Anne pula buat biz homemade choc selain kerja dekat Glenmarie. Duduk dekat je pulak tu. Nasib baik datang ziarah, kalau tak memang tak tahu-menahu. Hajar masih ‘cool’ macam dulu, Dil yang maintain kurus dan tinggi pula InshaALlah due Sept nanti (kan?), baby Aidilfitri tu InshaALlah :)

Nabeehah came on the same day with his hubby and lil boy Amjad. Sebenarnya rasa ralat sebab dulu plan nak tengok Amjad tak jadi, tak sempat ziarah Amjad, Amjad pula yang ziarah kami dulu…Lagi sekali, Ummi dapat hadiah tau :) and other than ‘Ikrimah, Fidaa’ got a very cute tudung from Mcik Bee. Bee’s hubby yang sangat ramah orangnya sempat buat iklan tanya Bee when she gave me a bag full of gifts, ‘Dah berapa lama simpan?’…huhuhu…I know Bee, selalu kita plan camtu camni, tak jadi. Tapi, Jazakumullah khairal jazaa’ untuk ingatan yang sangat murni.

Last visitor dari kategori ini adalah Hamka & gang. Lepas Isha’ sampai dengan isteri and his 7 mths old baby, Emir Dzulharith (ada Dzul juga tu - trademark eh? ;)). Tak ketinggalan, his younger sister and adik ipar. Rupa-rupanya adik ipar Hamka is Nureen’s lil bro…Nureen K was my classmate kat Hira’ dari primary sampai form 3. Pastu sesama masuk UIA pulak. Oh ye, Hamka & family dah fly ke Scotland a week after we met. So I guess if he’s reading this now, dah masuk waktu summer bagi kawasan beliau dan yang sewaktu dengannya. Maksudnya, Subuh pagi-pagi buta (around 3 am) pastu Isha’ time Berita Dunia (around 10pm) hehe selamatla merasa pengalaman itu ye. Hope everything goes well for them there InshaAllah…

Oklah, that’s our story for now. InshaAllah ada masa cuba tulis lagi. Oh, last but not least…saje nak share 2 benda I read from 2 mothers’ blogs that I really like:

SATU: Seorang ibu mengingati kata-kata ibunya yang lebih kurang begini; ‘Penat belajar tinggi-tinggi tak dapat jaga anak sendiri’. Fahaman saya:

a) Ilmu yang tinggi tak mengurangkan ke’ibu’an sesiapa. Maksud saya, belajar tinggi-tinggi tak bermakna tanggungjawab anda sebagai isteri dan ibu menjadi lebih kecil dari lain-lain kerjaya yang boleh dikecapi melalui kelulusan anda.

b) Tak sia-sia belajar sampai ke universiti walaupun tak bekerja kerana ingin menjaga anak sendiri. Err, jangan ingat jaga anak tak perlu ilmu. Child-rearing could be natural but knowledge is a great help in anything kan? And haih, I feel ashamed dengar alasan sesetengah orang tua yang rasa rugi/penat menghantar anak ke universiti bila mereka hanya berakhir ‘di dapur’. C’mon, sending your girls to university means anda sedang membuat pelaburan dalam membina ketamadunan! And mind you, yang end up kat dapur tu kan chef bukan housewives…and guess what, they make good food and big money too!

c) Sangat rugi kalau dengan ilmu yang ada kita masih tak sedar betapa pentingnya peranan ibu, dan pentingnya melaksanakan peranan itu. Dan sangat rugi jika ilmu yang ada tidak membantu kita dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan kita sebaik-baiknya. Paling rugi jika ilmu yang tinggi itu memaksakan kita mendahulukan lain-lain karier sehingga anak kita lebih sayangkan pengasuh ataupun bibik! Err, dah susah-susah mengandung dan melahirkan takkan senang-senang kita bagi title ‘ibu’ kat orang lain ye dak? DISCLAIMER: Saya tak bermaksud anak-anak langsung tak boleh dihantar ke nurseri, diberi pengasuh atau bibik.

DUA: Ako menulis tentang isi forum di mana beliau juga seorang panel. Seorang ustazah yang menjadi panel bercakap tentang TASAWWUR wanita bekerja. Erm nak tahu apa, boleh baca terus di sini…I think you can surely relate this to cerita SATU and understand it better InshaALlah.Satu peringatan yang cukup baik khusus untuk mereka yang bekerja mahupun bercita-cita untuk bekerja, ataupun bercita-cita untuk bekerja dari rumah dan sudahpun menjadi Work-At-Home-Mom buat masa ini InshaAllah.

Selamat membaca. Selamat menjalani hidup untuk menjadi manusia yang paling bermanfaat buat dunia di sekelilingnya…with everything you’ve got, seeru ‘ala barakatillah!

Selamat Hari Ibu!

life is... 4 Comments

Assalamu’alaikum; peace be upon ye…

To all mothers out there, Selamat Hari Ibu, Happy Mother’s Day! Especially to my Momma, my granny, aunts and ma-in-law…also friends whom have just entered ‘motherhood’ - Nadd, Sue, Sarah…congratulations, happy parenting and may Allah bless :)

As for us in Lot 7 today; we’ve yet celebrated Mother’s Day but we’ve prepared for a small family get-together tomorrow InshaAllah…after a long break from the kitchen Alhamdulillah today I managed to make my favourite Black Bottom Cream Cheese cupcakes…they didn’t turn out as great as I hope they’d be but okaylah untuk orang yang lama bebenor tak buat kuih macam saya ni…;)

Lieawulf made her special fruit jellies and tried something new - buat dadih sampai satu periuk besar! Kata pun ‘tried’, maka itulah hasilnya :D...We haven’t test and taste the capuccino flavoured dadih yet but the aroma was great. We even sprinkled some MILO on top for extra umphhh :baca: bab menambah-menambah tu memangla pandai, tak payah cikgu ajar :D . I think we have about 30 cups of dadih altogether and I told Liea, if we couldn’t finish this on our own, let’s get a box, fill it with ice and bring our extra dadihs to the ‘pasar’ (market). Liea said ok and practised some of her hidden marketing talents, calling out ‘Beli dadih kak, satu 50sen!’ Agak-agak ada orang beli tak dadih kitorang ni eh?

I’ve been restlessly trying to rest - whatever that means - these few weeks. Tho I don’t do anything much, I don’t feel well, still. Everytime I tried doing ’something’ - being active - I’ll feel too tired and my body starts aching. But even if I do nothing, I still feel the same anyway. I think this pregnancy has been the most challenging of all. Dah banyak kali false alarm; dan perlukan terlalu banyak rehat. Moga Allah ampunkan segala dosa dan jadikan zuriat kami yang soleh dan musleh belaka InshaAllah...

Nevertheless, Alhamdulillah, I do feel a lot better emotionally, having my parents and siblings around; they’ve been not only great help to us - my lil family - but they’ve also been a great source of fun and joy especially to my kids. The baby should be here InshaAllah soon and we’ve been waiting :) please make du’a - remember us in your prayers ya :)

Our online boutique at www.ilhamzayyan.com is still operating though I do admit we’re moving a bit slow…I’m doing whatever is possible and I hope to update the site whenever needed and possible too…Terima Kasih pada yang berkunjung dan membeli…pada yang selalu jenguk-jenguk dan puji-puji tu, next time boleh cuba belilah pulak ye ;) InshaAllah…Oh ye, stok jubah dan tudung 42-45 inci dah semakin berkurangan…as mentioned at the site, kuantiti sangatlah terhad manakala kualiti InshaAllah BEST, jadi kalau ada yang berkenan di hati tu kena cepat-cepat tempah dan beli sebab tak dijamin akan keluar yang serupa lagi…nak reserve dulu pun boleh with a small sum of deposit and we’ll keep it for you for a period of time…boleh dibincangkan InshaAllah…And since I’m currently in Kelana Jaya for delivery and pantang, to those interested nak tengok terus products, silalah buat appointment untuk walk in ke teratak kami..email nurain7@gmail.com or simply text/call 019-7572550…

And did I tell you that Handzalah has gone to school?!!

Couldn’t believe that he’s finally a pre-schooler…but he’s now and we’ll talk about that later InshaAllah when I hopefully am able to make time to write to you guys again SOON!

Happy Mother’s Day to all :D

hidup ini…

life is... No Comments

Salam friends, readers…dearests!

It has been a long while since my last post. To everyone, YES; we’ve just launched our online boutique - www.ilhamzayyan.com - feel free to hop on, browse and of course BUY eh ;). Our full collection is currently available offline. Please contact our Sales Manager; nawwar@ilhamzayyan.com / 019-6604694 for viewing and purchase (by appointment).

I would like to personally thanks everyone - Jazakumullah Khairal Jazaa’ - for being very supportive of our new venture…I do appreciate all messages via phone, YM, blog and any other means even if I didn’t manage to reply them…please continuously pray for us ya :)

Hidup sekarang lebih sibuk atau perlu disibukkan kerana rasanya sudah lama terlalu lapang. Sejak pulang ke tanahair tahun lalu; kami hanya disibukkan dengan ayahanda yang uzur dan anak-anak yang lewat tidur. Kini, abah telah selamanya pergi. Anak-anak pula masih perlu dilatih untuk berdisiplin dalam tahap dan cara yang dapat mereka fahami dan ikuti.

Dalam hampir setengah tahun ini hidup terlalu banyak berubah. Dari satu arah ke satu arah, meneroka satu demi satu jalan untuk membina hidup yang lebih baik, lebih kukuh dan lebih bermanfaat buat ummah…

Ah! Agaknya ada orang akan gelak kalau menulis begini. Bermanfaat buat ummah? Apa yang aku boleh buat untuk ummah? Bahkan diri sendiri tak terdaya diurus rapi? Mengharap atau tidak bantuan orang, sememangnya hidup ini bertuah kerana ramai yang membantu dan menyayangi. Sampai kadang-kadang aku kurang pasti samada kami sudah ‘berdikari’?

Semua manusia dalam hidup ini ada fungsi. Ada fasa dan masa belajar, memahami dan memperbaiki. Kematangan perlukan masa untuk terbina dan dimiliki. Tapi dalam segala situasi, kita masih akan memerlukan yang lain. Paling kurang dan paling banyak yang kita perlukan sentiasa adalah DIA yang Maha Mengetahui. Dan yang biasa kita perlukan adalah manusia yang berada di sekeliling kita, yang kita temui sehari-hari.

Sejak berbulan-bulan lalu kami merancang untuk mulakan hidup baru dan berniaga. Dan sejak berbulan-bulan lalu kami dibayangi emosi-emosi yang sangat skeptikal dan curiga. Dari luar, dari dalam, emosi itu tampak jelas di mana-mana. Sampai kadang-kadang aku tertanya-tanya; apakah yang ada dalam hati manusia sehingga begitu sugul melihatkan yang lain bercita-cita dan ingin berjaya? Aku juga keliru dengan sifat sayang yang selalu dijadikan asas berbicara; bimbang nanti gagal, ‘bankrupt’ dan sebagainya…seolah-olah sudah tahu nasib kita ini bagaimana sudahnya.

‘Bisnes’ juga mengenalkan aku kembali kepada teman-teman, yang kukira sudah cukup aku kenali luar dalam. Bila sebut ‘bisnes’; hakikatnya ada sempadan yang sengaja dilukis sebahagian yang bernama kawan. Ya, dalam ‘bisnes’ ada persaingan, ada risiko dan ada macam-macam. Oleh itu, lukiskan sempadan supaya kawan tak menjadi lawan?!

Namun begitu, aku berhasil juga menemukan sebenar-benar kawan pada yang sememangnya sahabat malah orang asing yang begitu ikhlas dalam berurusan. Yang berusaha memberikan ilmu buat manfaat yang lain walaupun mungkin yang lain itu bakal menjadi persaingan. Sehingga aku sendiri berasa malu; ‘malu alah’ kata orang dibantu/diajar sedemikian. Jarang menemukan manusia yang ‘tak kisah’ untuk sama-sama maju, sama-sama kaya hingga bersedia menurunkan/berkongsi ilmu. Apalagi yang tak merasa sedikitpun bimbang kalau ada yang lebih maju ke hadapan setelah beroleh ilmu yang dikongsikan. Manusia seperti itu seolah-olah sudah hampir pupus dari bumi Tuhan.

Aku mohon dari-Mu; tolong hindarkan aku dari hasad dan kebimbangan yang tak membawa sebarang kebaikan. Aku mahu menjadi manusia yang dapat berlapang dada dalam memberi kemanfaatan kepada manusia walaupun tidak diberikan terima kasih, hadiah atau disebut dan dikenang.

Tegur aku sahabat, andai satu hari aku ‘lupa diri’ atau ‘hilang ingatan’ ini!

Beberapa minggu/bulan lagi, InshaALlah bertambah ahli keluarga kami…sebenarnya aku masih ragu-ragu jika ia akan hadir lebih awal ;) dan tak pasti bagaimana hidup menjaga tiga orang anak di samping terus mengusahakan segala aktiviti kini. Moga dipermudahkan InshaALlah. Ada satu yang masih belum dapat dilakukan dan untuk itu juga aku mohon dipermudahkan ya Rabb!

Blog ini mungkin akan segera bersawang kembali selepas tiap satu entri. Tapi InshaAllah, selagi ada daya, there will be updates from time to time…

until then, don’t forget to visit us at www.ilhamzayyan.com…prayers and love for everyone!

Gelagat anak-anak

talk about babies 5 Comments

SATU

Di waktu siang yang terang benderang, Ummi menutup pintu kamar kerana di luar ada tamu yang bukan mahram sedang anak-anak bermain di dalam. Handzalah terus bangun, menguak daun pintu hingga sedikit terbuka sambil berkata,

“Ummi, janganlah tutup pintu. Nanti hari malam”

Erk! Bukan begitu sayang… :)

Pada satu waktu yang lain Handzalah bertanya penuh kejujuran selepas menjenguk kedatangan malam dari jendela kamar, “Ummi kenapa malam?”

Ummi cuba menerangkan sunnatullah adanya malam dan siang. Akan tetapi, esok, lusa, tulat…hatta ke hari ini Handzalah masih enggan membenarkan pintu bilik ditutup sebelum hari benar-benar malam –> waktu tidur.

* Handzalah sedikit anti waktu malam. Sebab malam maksudnya gelap, tidur dan…no PS2 :)


DUA

Handzalah dan Fidaa’ sudah lama belayar ke alam mimpi. Tiba-tiba…

“Ummi! Ummi!”, rengek Handzalah yang sudah terduduk di katil. “Ummi sinilah!” ujar Handzalah yang sudah duduk menanti. Ummi bingkas bangun mendapatkan Handzalah yang tadinya tidur di sebelah adik. Ummi berbaring di sisi dan Handzalah terus merapati.

“Ummi…jagalah abang (Handzalah)”.

Iya sayang…

Handzalah kembali lelap. Belum beberapa lama Fidaa’ pula berbunyi. Mengigau. Ummi alihkan si kecil ke atas bantal kembali, almaklum dah berpusing 90 darjah ke tepi.

Mata Fidaa’ bertutup rapat tapi mulutnya terus berbunyi, “Allahumma…bismika”.

“Amutu wa ahya”, sambung Ummi.

Rupanya si kecil mendengar (dan mata masih rapat terkunci) sambil menyambung lagi, “Ya Allah…”

“Jadikan Fidaa’ anak yang soleh”, ujar Ummi tolong habiskan potongan doa yang menjadi rutin si puteri.

Sejuk telinga hati Ummi.


TIGA

Ummi ceritakan tentang bayi yang InshaAllah akan jadi adik Handzalah dan Fidaa’ nanti. Handzalah kata dia mahukan adik. Malah, Handzalah tanya,

“Ummi, boleh tak Abang nak masuk dalam perut Ummi? Abang nak cium baby

Err…tunggu baby keluar saja nanti ye sayang, tak muat perut Ummi ni…


EMPAT

Fidaa’ tonton DVD Barney. Ada dua babak yang Fidaa’ sangat suka. Babak ‘Circus’ dan ‘Horse Ranch’ sebab ada ‘elephant’ dan ada ‘horse’. Fidaa’ kata,

“Ummi, Fidaa’ nak naik ‘horse’”

Ummi jawab, “Erm, kat sini tak ada ‘horse’ sayang. Nanti InshaAllah kita cari tempat yang ada ‘horse’ ye. Boleh Fidaa’ naik”

“Tapi Fidaa’ kan takut dengan ‘horse’ Ummi. Fidaa’ tak nak”, Fidaa’ menolak pula.

“Takpelah macam tu. Tak payah naik, tengok saja”

“Ala tapi Fidaa’ kan takut”

“Ok, tak payah pergilah macam tu”, Ummi ikutkan saja.

“Tapi Fidaa’ kan nak naik ‘horse’ Ummi”

“Ok, nanti kita pergi InshaAllah”

“Ala tak nak Ummi. Fidaa’ kan takut ‘horse’”

Erk…mati kutu dibuatnya Ummi ni. Setiap kali sampai dua babak tersebut, mesti dia minta perkara yang sama dan kemudian menolak bila diiyakan/diajak pula. Bukan sekali. Berkali-kali. Cuba juga terangkan ‘horse’ dan ‘elephant’ tak bahaya dan tak makan orang. Baik dsbg. tapi nampaknya belum menghilangkan ‘takut’ Fidaa’ yang entah iya entah tidak.

* Sekadar selingan. Maaf kepada semua yang minta upload gambar mereka. Belum berkesempatan tukar format gambar yang terlalu besar untuk di’publish’ melalui WP.

Aku.

khaleel el-wafy 4 Comments

Baru sebentar tadi aku hampir siap menaip beberapa baris ayat.

Baru sekejap ingin aku khabarkan rasa malas dan benci menceritakan perihal aku, dan aku dan aku lagi…

Nah, terus crash firefox memadam sebahagian ‘entry’!

Astaghfirullahal ‘azeem…padan muka sendiri.

Aku jelas sekali makna pada tajuk blog ini. Ya, tentunya tentang hidup dan hidup aku adalah subjek yang paling aku ketahui dan pasti. Tetapi, bercerita tentang aku adalah beban yang begitu berat di hati, lidah dan fikir. Kalau bukan kerana teman-teman satu tika dulu, aku takkan punya sebuah blog sebegini. Dan kalau bukan kerana ingin menjaga silaturrahim dan menghargai begitu banyak pemberian-Nya, aku lebih gemar tak bernama dan menulis apa saja topik.

Aku belum bisa menjadi inspirasi.

Pun begitu, aku akui membaca karya teman-teman tentang hidup kalian sangat banyak membantu diri. Kalaupun aku tidak mendapatkan ilmu dari itu semua, selalu saja bingkisan anda menghiburkan hati. Cuma, aku masih ingin jauh dari membaca dan menulis sebuah blog ala ‘tabloid’ penuh kisah terlalu peribadi mahupun gosip. Maaf, tapi aku ‘geli’ dan sedikit ‘tak reti’ nak menghayati cerita-cerita sebegini.

Oh…ke mana arah tujuku menulis begini? Mungkin sekadar menguji pena bahasa ibunda di genggamanku, masih tajamkah atau lumpuh tumpul sudah? Aku, senyum sendiri :).

Teman-teman, jangan marah kalau aku tak menghebahkan hidup dan kegiatanku sehari-hari. Jangan marah kalau anda tak mengetahui yang aku hamil walaupun baru saja menemui aku di alam realiti. Dan usahlah berharap akan ada entri demi entri tentang aku yang lebih dari yang selalu anda dapati. AKu lebih senang begini. Bukan…Bukan aku tak percaya atau tak ingin berkongsi. Tapi dunia ini terlalu luas untuk aku binakan sempadan dan dinding-dinding pada setiap penjuru yang mungkin memusuhi. Terbaik, aku hanya boleh menulis sekadar yang perlu dan mungkin bermanfaat untuk diketahui. Aku tak mahu membazirkan masa kalian dengan kegiatan yang tak bererti, pembacaan yang tak bernilai dan tak memberi apa-apa makna pada diri. Aku tak mahu sekadar melambakkan pandangan sedangkan ada yang lebih berhak untuk anda ketahui, fahami dan imani. Aku juga tak ingin menjadi hamba blog, menyumbat isi dengan niat sekadar rutin. Tapi jangan salah faham, istiqamah itu tentu tetap penting.

Cuma inilah aku. Yang sedikit, kerdil dan kurang penting. Yang cuba memainkan setiap peranan diri demi menemukan pandangan redha-Nya yang kuharap pasti.

Terima kasih daun keladi untuk semua yang membaca entri ini. Blog ini belum ditutup, sekadar dikemaskini dengan entri ‘pandu uji’ ;).

demimu Sakinah…

khaleel el-wafy 4 Comments

Aku tidak mencarimu.
Jauh sekali cuba menemukanmu pada tiap penjuru
alam yang mengelilingiku.
Malah menantikan hadirmu
adalah pasrah pada mafhum yang salah.

Sakinah,
aku hanya ingin mencicip nikmatmu
dalam restu Dia yang mengenalkan
dunia tentang jiwa dan rasa.
Tak perlu ke sana, sini dan situ
cuma setulus iman taqwa
menghidup radar kalbu
demi mengesan cinta-Nya pada kewujudanmu.

Kalbu yang berbolak balik itu
perlu diam, lurus dan patuh
sebelum engkau redha menerima
jiwa yang sering resah dan gundah ini
menjadi teman hidup.

khaleel  el-wafy
0204 am 251208, lot7

sakinah : ketenangan

Thanks!

life is... 7 Comments

Despite the number of updates available in this blog (since my last entry = 0), I still have a good number of friends and visitors dropping by every now and then. I would just like to say thanks and Alhamdulillah finally, I could spare some time to write again for real updates InshaAllah.

We’re now back in Malaysia. Came back in mid August and now staying down south (just like southampton ;)). Currently engaged in a few activities but I’m still “operating” from home sweet home InshaAllah and it’s actually “we” now since Abuhandzalah found a new job. Though it has been a few months and it’sjust a week before the year ends; we’ve yet to really settle down, hence, apologies for being unavailable or very miserable at keeping in touch with my fellow friends back in the UK and even my beloved ones “nearby”. I’ve just managed to get back to writing and contacting my close friends, and I hope I’ll manage to continue updating *with consistency* again InshaAllah

I still “owe” you guys a few “unwritten” entries; SMS, stories at S Primary and the I-Boycott Project…kan? I’ll skip the 2 Ss and try to share a few things from our class project InshaAllah. Cerita 2 S tu dah basi dari beberapa segi dan mungkin relevan jika ditulis semula di bawah tajuk-tajuk pendidikan, kekeluargaan atau mungkin disisip dalam mana-mana entri “Talk-About-Babies”.

My YM smiley is currently yellow and will be of that shiny colour frequently from now on InshaAllah…kinda miss frens especially fellow bloggers like Audrey that I won’t see elsewhere…hope everyone’s doing fine.

My 2 babies? MashaAllah it’s a real joy watching both Handzalah and Fidaa’. Handzalah; very active and hardly sleepy, a “superheroes” (he could be any -man he knows) and Alhamdulillah has been diaper free (even during nightime) for a while now. But accidents happen so you know how things are then ;). He had some trouble getting use to “home” but he seems fine and adjusting now. Fidaa’ at the other hand didn’t really mind the change. She is chatty and God knows how much she can eat and drink in a day. Don’t even know how all the food could fit in her little body. She talks and responds like a little girl thats older than her age. Should listen to how she corrects others when they misbehave…macam makcik!

Till next time, “I’ll be back!” InshaAllah :)

To Write Or Not To Write

blogging 6 Comments

Thanks to those who are still reading this blog though without updates for a while NOW. I’m not sure whether I’ll be updating frequently again, but I do hope to do so once everything’s certain and settled InshaALlah. Meanwhile, please make du’a for us ya! :)

To Audrey and LoveQ gang, truly sorry but I don’t think I can participate every week until I get my two feet back home (in my homeland)….allahuma yassir ya ALlah.

I really want to write sometimes. And the worst part of wanting to write is, there’s always something to write down in my head when I’m in bed, putting my baby to sleep and when I’m about to sleep myself. And that is not the time to write because I don’t want my little angel to wake up when she realize that I’m not by her side. And of course after that good night/day sleep, I won’t remember anything when I wake up!

Okay, I’m not complaining about my baby, I’m complaining about myself…I should have put the book and pen under my pillow like before. And scribble in the dark like I did before…why am I remembering these to do things ONLY NOW?! :D

Aduhhh…sila abaikan pernyataan di atas.

Anyway, about wanting to write, other than having what to write, there’s always a question about why write? Haha, belit-belit punya ayat!

The thing is; there are times I’m not sure whether these words and thoughts are worth to be printed out. Or at least blogged about. Who’s reading? And are they of any benefit to them?

Of thousand and millions of blogs that exist in this realm, what makes me a worth reading writer and what makes me not?

I hate the idea of simply telling stories of just my everyday life. I used to renounce the idea of blogging = online journal/diaries.

But life has taught me that people love this type of writing like they love fun and exciting comics and romantic love stories.

Why? Because people love to snoop on other people’s live? Maybe huh ;)?

But the fact is, people love real people. Real things. Life, for real. Fairy tales and philosophy could seem heavenly nice. But we aren’t fairies and we can’t just live on ideals.

I’ve learnt that people learn from others by learning what they experience in life and how do they respond to it. And people like to understand that they can know, do things, overcome problems and so on being the people they are; with weaknesses, limitations, wants and needs.

And that’s why He sent Prophets to mankind, chosen among men themselves. A Prophet has always been a man, never a Jinn nor an angel. He sent a man to other men so that he will teach them revelations and wisdom. And so that they will be able to understand his speech and follow him by example.

3:164 Allah did confer a great favour on the believers when He sent among them an apostle from among themselves, rehearsing unto them the Signs of Allah, sanctifying them, and instructing them in Scripture and Wisdom, while, before that, they had been in manifest error.

Well, I’m not sure where am I heading with this entry. I just hope that this entry and everything that I’ve written and shall write be a good deed that will benefit InshaALlah, more than just me.

Mungkin untuk masa-masa sukar menulis begini, bisa saya lambakkan sejumlah puisi yang sudah lama tak menghuni blog ini.

Allah Maha Pengasih :)

7 Facts About Me

Misc 3 Comments

Tagged by ainaana …so here’s 7 facts info about me.

1. I actually love number 7, just love…and it’s not my lucky number for I do not believe in such things. I spent 22 marvellous years of my life living in Lot 7 (that’s house no 7) with 7 remarkable siblings called the Sevenlords. So writing 7 facts about myself seems too interesting ;)

2. I’m married to a very special person and I have two beautiful kids that hardly sleep at the proper timing.

3. Like ainaana I’m an INFJ too and language is my gift. Sort of. I love writing in all three languages I know which is Malay, Arabic and English. I’m into poetry though I never had proper training in writing. Several works of mine could be found all around the cyberspace and also a joint anthology by GKLN entitled Wilayah Cinta . For your information, we produced the anthology together. We don’t only write but work on the whole thing together. Of course the coordinators have more work than others but that was a great experience for everyone Alhamdulillah . The hardest part is, to now sell them and since I’m too faraway from home I’ve not been selling. Thanks to the Sevenlords few copies have been sold though.

4. I’m always the youngest or the younger one in class or the community but sometimes my thoughts are a bit too advance for my seniors. I was a year younger than my classmates in primary and secondary and I bother not to count the gap any more when I’m at the university. It’s like going to the same class with my eldest sister everyday. And I got to call everyone in class ‘kakak’ (elder sister) and feel extremely estranged when I’m with my peers. The good thing was, some ‘kakak’ 2 really treat me like ‘adik’ ;) (younger sister).Click to view my Personality Profile page

5. About being an INFJ, I love to work with people and for people though some might think I’m a bit too shy and quiet. When people were thinking about graduating, finding a job or continuing a higher degree, I was thinking of working for a charity in Palestine or at least take part in developing Islamic education system in my country.

And… maybe that’s why I didn’t think twice when I signed up to be a housewife ;)

6. I am a Malaysian though I’m not really sure that I’m 100% Malay. My father is, my mom’s not, but she’s in her IC…well, it’s just too complicated but it doesn’t really matter anyway right?

7. I hardly put on weight though I’ve really tried to. The only time I had the chance to put some real kilos was when I was expecting my first child…and simply lost them just few weeks after delivery!

Alright that’s 7 Alhamdulillah , sorry ainaana for the long wait. Too busy with everything else lately and might not update frequently. Good day peeps!

LittleKittle.com, MHU and En Zeru Teru Nursing Cover

Misc, interest-things 2 Comments

Have you heard about littlekittle.com? Or Malaysian Homeschool Unite? If you’rMalaysia Homeschool Community Unitee a parent (especially Malaysians) and haven’t been to these sites before, you ought to pay them a visit soon for they provide a great platform for parents to share their experience and exchange thoughts and questions on homeschooling or educating your children at home.

When I first read Mamafiza’s blog at littlekittle.com I was truly amazed by her family. Young parents aged 23 with three children and already doing serious homeschooling! Plus, to make me more envious, she’s a WAHM okay? I do realise that many young Malaysian parents are now aware about the importance of education that begins and continues at home, but finding this family was still quite some news to me. It’s interesting to learn that at a very young age, both Mamafiza and husband are doing well with their expanding family when many others at their age are still juggling with options in life and uncertain of their life path.

Now, we can all join them in their exciting journey and benefit from their experience and knowledge at Malaysia Homeschool Unite. And from other parents and homeschoolers too. For your information, Mamafiza has also created the En Zeru Teru Nursing Cover (as advertised on this page) for the love of breastfeeding and children with unique characteristics unlike others available in today’s market. Made from good quality fabric, beautiful colours and pattern you’ll simply love (they’re just gorgeous!), smart design - you can see your baby and he/she can see you, the baby won’t feel uncomfortable being all covered up but also won’t be able to remove the cover. So if you’re planning on breastfeeding your baby or already a breastfeeding mommy, don’t forget to get your own En Zeru Teru Nursing Cover for comfortable discreet feeding in public whenever you’re out on the go.

« Previous Entries